CARIAN BERITA
  Sila masukkan kata kunci berita yang ingin dicari
 
  Pilihan Sumber Berita    
  Pilih Bulan dan Tahun
 
MAKLUMAT CARIAN BERITA
Total 7724 Rekod, Sumber : , Kata Kunci :
1
2017-10-02 : Berita Harian/Berita Mingguan
 
  TUMPAT: Air ketum dicampur ubat batuk dan pil kuda semakin popular dalam kalangan remaja kerana dijual hanya antara RM5 hingga RM10 berbanding dadah jenis lain yang agak mahal. Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad, berkata keadaan itu membimbangkan kerana bekalan air ketum mudah diperoleh.
 
2
2017-10-02 : Harian Metro
 
  SEORANG buruh didapati menyembunyikan dadah disyaki jenis heroin bernilai RM430,000 dalam sangkar burung yang digantung di belakang rumahnya, di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Khamis lalu. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, pada 6.30 petang. Menurutnya, pemeriksaan menemui 22 bungkusan surat khabar mengandungi 215 botol kecil seberat 752.5 gram disyaki dadah jenis heroin.
 
3
2017-10-02 : News Straits Times/Sunday Times
 
  Smoking is the gateway to drug addiction. Various studies have confirmed this. Children who smoke will be easy targets as they will not refuse any cigarette offered to them and they may unkowingly accept a drug-laced cigarette and eventually will be hooked on drugs... Dr Zarina Khalid
 
4
2017-10-02 : Sinar Harian
 
  KOTA BHARU - Taktik seorang pemandu bot penambang menyorokkan 752.5 gram heroin bernilai RM430,000 dalam sangkar burung terbongkar pada satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Lubok Gong, Pasir Mas, Khamis lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, susulan itu, pasukan serbuan dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Pasir Mas menahan seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga pemilik rumah berkenaan. "Pemeriksaan lanjut di belakang rumah suspek yang terletak hampir dengan Sungai Golok menemui sejumlah 215 botol lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin," katanya.
 
5
2017-09-29 : Harian Metro
 
  Kuala Terengganu - Taktik sindiket dadah menyembunyikan dadah jenis syabu dalam bungkusan seperti bungkusan teh terbongkar susulan penahanan enam lelaki dalam serbuan berasingan di Terengganu dan Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa lalu. Di Terengganu dua lelaki di tahan bersama 21 guni beg mengandungi dadah jenis syabu, seorang ditahan di Selangor sementara tiga lelaki lagi ditahan dalam dua serbuan berasingan di sebuah hotel di Georgetown membabitkan rampasan syabu 20.5kg.
 
6
2017-09-29 : Harian Metro
 
  Kuala Lumpur - Semua pegawai dan anggota AADK perlu dibekalkan peralatan keselamatan serta senjata api sewaktu menjalankan operasi sebagai langkah keselamatan. Perkara itu disuarakan PEMADAM susulan kejadian Pembantu AADK, Baharudin Abdullah, ditikam penagih menggunakan pisau Rambo hingga cedera parah.
 
7
2017-09-29 : Harian Metro
 
  Shah Alam - Mahkamah Tinggi semalam melepas dan membebaskan seorang ahli perniagaan, Muhammad Zarif Mohd Noor, daripada dua pertuduhan mengedar lebih enam kilogram ganja. Baig pertuduhan pertama dia di dakwa mengedar ganja di tempat letak kereta sekitar Mutiara Damansara pada 28 Jun 2013 dan bagi pertuduhan kedua dia didakwa mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium di Damansara Perdana pada 29 Jun 2013.
 
8
2017-09-29 : Harian Metro
 
  Kuala Lumpur - Tiga remaja yang didakwa membunuh 23 mangsa dalam kes kebakaran di Tahfiz Daru Quran Ittifaqiyah Datuk Keramat mengaku mengambil syabu dan ganja. Mengikut pertuduhan mereka didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 JSJN IPK Kuala Lumpur pada 16 September lalu. Sementara tiga lagi remaja bawah umur mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan yang sama.
 
9
2017-09-29 : Berita Harian/Berita Mingguan
 
  Kuala Terengganu - Polis merampas syabu dengan berat keseluruhan 309kg dan menahan enam lelaki dalam dua serbuan di Terengganu dan Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa lalu. Dalam operasi di Bukit Payong, Marang pada Isnin lalu polis menahan tiga lelaki termasuk dua ditahan dalam sebuah treler yang membawa 288kg syabu. Dalam serbuan kedua di Pulau Pinang polis menahan tiga lelaki dan merampas syabu seberat 20.5kg. Siasatan mendapati sindiket menyorokkan syabu berkenaan dalam bungkusan teh bagi mengaburi pihak berkuasa.
 
10
2017-09-29 : Berita Harian/Berita Mingguan
 
  Sungai Petani - Seorang lelaki yang memukul isteri dan anak lelakinya di kawasan Pasar Tani Sungai Petani bagi mendapatkan wang membeli dadah ditahan orang ramai dan diserahkan kepada AADK Kuala Muda. Video yang menampilkanlelaki itu memukul isterinya menjadi viral di laman Facebook sejak semalam.
 
Total 7724 Rekod, Sumber : , Kata Kunci :
Sistem E-DrugsNews
Hakcipta @2013 AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MALAYSIA
Pelawat :