Sistem ePameran adalah merupakan sistem pengurusan permohonan pameran secara atas talian (online) yang berorentasikan web. Sistem ini memberi kemudahan kepada orang awam untuk memohon melaksanakan pameran di sekolah, tempat kerja, komuniti dan sebagainya. Jenis pameran yang disediakan oleh AADK adalah pameran antidadah dan bas pameran. Melalui sistem ini pihak AADK dapat memantau dengan mudah segala aktiviti pameran yang dilaksanakan di daerah dan negeri.
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari bekerja. Permohonan yang dikemukakan tempoh kurang 14 hari akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan.
Permohonan bas pameran hendaklah menyemak jadual pergerakan bas pameran (sila klik disini) atau menghubungi urusetia untuk keterangan lanjut. Permohonan bas pameran juga akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan jadual pergerakan bas pameran AADK.
Permohonan pameran antidadah hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari bekerja . Permohonan yang dikemukakan tempoh kurang 14 hari akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan .
Sekiranya permohonan Pameran anda di terima atau di tolak, anda akan diberitahu melalui emel atau surat.
IbuPejabat Agensi Antidadah Kebangsaan
Jalan Maktab Perguruan Islam,
43000, Kajang,
Selangor
Email: webmaster@adk.gov.my
Urusetia :-
Basharudin bin Mahmud 03-8911 2497
Megat Khas Bin Sulong 03-8911 2389
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di atas.